Lonjakan KDNK bukti ekonomi negara semakin mengukuh di bawah Kerajaan Madani

PUTRAJAYA – Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara yang melonjak jauh kepada 5.1 peratus meninggalkan angka 3.6 peratus pada 2023 dan melebihi sasaran awal sekitar 4 hingga 5 peratus, menandakan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin membaik di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, permulaan yang baik pada 2024 itu juga membuktikan sasaran ekonomi 2025 di antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus juga mampu dicapai sekiranya Malaysia masih lagi di bawah pemerintahan ekonomi dan politiknya yang stabil.

“Lonjakan KDNK itu bermakna ekonomi semakin baik namun yang lebih penting ia menjadi pemangkin kepada peningkatan hasil pendapatan kerajaan supaya lebih banyak lagi hasil dapat diperuntukkan dan disalurkan semula dalam bentuk bantuan kepada rakyat terutamanya ke[ada golongan B40 dan M40 seperti Sumbangan TunaI Rahmah (STR) dan sebagainya.

“Malaysia juga mesti mengambil peluang dalam peranan Kepengerusian Asean Malaysia 2025 untuk menarik lebih banyak pelaburan masuk ke rantau ASEAN termasuk Malaysia dan terlibat dengan aktif dalam perjanjian unilateral antarabangsa RCP CPP BRICS, sasaran itu akan berjaya dicapai biarpun berlaku ketidaktentuan geopolitik ataupun ekonomi global,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Prof. Madya Dr. Ahmed Razman bin Abdul Latiff

Selain itu, pertumbuhan ekonomi memberangsangkan itu turut didorong oleh prestasi positif daripada peningkatan pelaburan yang mendadak daripada 5.5 peratus pada 2023 kepada 12 peratus pada 2024 sekaligus meningkatkan jumlah dagangan sebanyak 9.2 peratus kepada RM2.88 bilion.

Mengulas lanjut katanya, jumlah pelaburan dan dagangan negara meningkat pada 2024 disebabkan oleh beberapa faktor seperti keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Selain itu, pengukuhan ringgit juga menjadi pemangkin kepada peningkatan pelaburan, selain daripada permintaan yang tinggi dalam beberapa sektor terutama dalam sektor elektronik dan elektrikal, komoditi dan juga sektor perkhidmatan.

“Bagaimanapun, permintaan pelaburan asing berkaitan sektor-sektor ini juga dijangka akan berterusan sepanjang tahun ini,” ujarnya.

Sementara itu, seiring dengan pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran juga menunjukkan penurunan di mana, pada 2023, kadar pengangguran mencatatkan 3.4 peratus manakala 3.1 peratus pada Disember 2024, iaitu terendah dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, penurunan kadar pengangguran itu adalah petanda keadaan pasaran kerja kepada rakyat sudah semakin meluas, namun walau bagaimanapun, kerajaan juga harus memberi perhatian serius bagi menangani situasi ‘underemployment’ dalam kalangan lepasan pendidikan tinggi.

“Pengangguran yang menunjukkan penurunan adalah satu petanda bagus yang bermakna pasaran kerja sentiasa ada dan mudah didapati di Malaysia, tapi mungkin yang penting sekarang adalah kualiti pekerjaan itu.

“Situasi ‘underemployment’ adalah satu perkara yang serius di Malaysia di mana pekerja yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi terpaksa bekerja dalam sektor yang hanya memerlukan kelayakan rendah kerana tiada pilihan kerja dalam bidang yang dikehendaki, jadi itu yang perlu ditangani segera dengan mewujudkan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan akademik pemohon,” katanya.

Tambah penganalisis itu, walaupun keadaan ekonomi negara sudah membaik, namun kerajaan kini masih berdepan dengan cabaran persepsi rakyat yang terus dibelenggu dengan suara-suara sumbang yang terus-terusan menggunakan isu kos sara hidup untuk memundurkan pemikiran rakyat.

“Ia dapat diatasi dengan memperbanyakkan lagi kempen terutamanya melalui pelbagai platform media termasuk media sosial melalui siri penerangan yang ringkas dan padat serta berulang-ulang supaya rakyat sedar bahawa harga barang naik itu bukannnya meningkat dengan begitu ketara sekaligus.

“Kerajaan juga boleh mendidik rakyat tentang bagaimana untuk mendapatkan harga barangan yang lebih berpatutan melalui platform ‘price-checker’ dan beberapa lagi aplikasi yang boleh menjadi panduan untuk rakyat memilih barangan dengan harga yang lebih berpatutan di kawasan mereka,” tambahnya.

Related Posts

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedang menyemak semula cadangan projek dan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan pelaksanaannya lebih praktikal serta sejajar dengan cabaran ekonomi semasa. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik Pengerusi Majlis Media Malaysia

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM), badan kawal selia kendiri industri media negara yang ditubuhkan menerusi Akta Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa