Sabah komited perkukuh pengajian al-Quran

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperkukuh pengajian al-Quran dengan meningkatkan kapasiti pelajar di Institut Tahfiz Negeri kepada 300 orang pada masa akan datang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah ini bertujuan melahirkan generasi pencinta al-Quran yang bakal menjadi pejuang tamadun bangsa berlandaskan prinsip ajaran Islam.

“Ia memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, sama ada di dalam atau luar negara.

“Kerajaan juga berusaha mempertingkatkan infrastruktur pendidikan bagi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

“Ini termasuk kerja-kerja membaik pulih sekolah-sekolah daif serta membina institusi baharu di lokasi strategik bagi menampung peningkatan jumlah pelajar saban tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian, dalam ucapan perasmiannya di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah tahun 2025, di Dewan Saadah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), pada Ahad.

Hajiji menegaskan bahawa selaras dengan dasar kerajaan Sabah Maju Jaya, pendidikan dijadikan teras utama dalam pembangunan modal insan.

“Bagi menyokong usaha tersebut, Kerajaan Negeri Sabah meningkatkan dana biasiswa negeri daripada RM51 juta kepada RM128 juta pada tahun 2025 bagi memperkasa pendidikan modal insan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, majlis ini menjadi wadah bagi menghayati keindahan kalamullah menerusi bacaan merdu para qari dan qariah.

“Lantunan ayat suci diharap dapat menenangkan hati, mengukuhkan keimanan serta menyemarakkan semangat mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian,” ujar beliau.

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 2025, johan Qari dimenangi oleh Nashraf Ideen Nahar dari Putatan manakala johan Qariah pula dari Keningau, Nadirah Syazwani Sapari seterusnya mereka akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan di Perlis.

Related Posts

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen