Kerajaan, rakyat Sabah perlu jadi sebahagian kejayaan RMK13 – Ewon

KOTA KINABALU – Kerajaan dan rakyat Sabah perlu menjadi sebahagian daripada kejayaan rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi Malaysi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.

Menurutnya, kerjasama semua pihak adalah penting agar RMK13 dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa bertangguh.

“Sabah dan negara kita akan memasuk era RMK13 bermula 2026 sehingga 2030.

“Saya mengalu-alukan kebersamaan pemimpin-pemimpin yang ada di sini kalau kebersamaan dan kerjasama ini dapat diteruskan saya yakin apa yang tertangguh, terlewat selama ini dapat kita perbaiki dan dijadikan sebagai iktibar.

“Supaya tidak lagi ada tertangguh dan tidak ada lagi yang lewat-terlewat.

“Kerajaan Sabah dan rakyat Sabah perlu menjadi sebahagian daripada kejayaan Rancangan Malaysia ke-13 dan termasuklah Putatan, Kota Kinabalu dan Tanjung Aru ini harus menjadi sebahagian daripada kejayaan rancangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmiannya di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) bersama Masyarakat Tanjung aru, di Pekan Tanjung Aru, pada Ahad.

Ewon yang juga merangkap Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedamaian berkata, perkhidmatan terbaik daripada pemimpin adalah bermula daripada wawasannya.

“Rakyat sudah tentu mengharapkan kepimpinan dan perkhidmatan yang terbaik daripada pemerintah dan semua itu bermula daripada wawasan yang kita ingin, bawah ke kawasan yang kita mahu wakili,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak semua pemimpin dari pelbagai parti untuk bekerjasama dalam menguruskan masa depan Sabah.

“Mari kita bersatu, bekerjasama dengan rakyat kita untuk mengurus masa depan Sabah, Malaysia dan masa depan Tanjung Aru yang lebih baik lagi.

“Kalau rakyat boleh bersatu seperti malam ini tidak mungkin pemimpin-pemimpin tidak boleh bersatu, sebab itu saya hadir dan saya sangat menghargai apa yang saya lihat pada malam ini,” ujarnya.

Related Posts

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar