Jentera rasmi penerangan negeri jadi instrumen sebar propaganda parti, Pas Terengganu terdesak?

TULAR di media sosial berita yang dimuat naik menerusi saluran Unit Penerangan Darul Iman (UPDI) saluran rasmi penerangan kerajaan negeri Terengganu bertajuk ‘Malaysia dalam bahaya, DAP pura-pura faham Islam’.

Umum mengetahui bahawa DAP sering dijadikan kambing hitam dan modal serangan Pas. Namun begitu wujud persoalan kenapa propaganda Pas dimuat naik dalam saluran rasmi penerangan kerajaan negeri?

Kenapa jentera kerajaan disalah guna untuk penyebarkan propaganda parti?

Walaupun Pas sebagai parti yang diberi mandat untuk mentadbir Negeri Terengganu bagi penggal ini, namun jentera dan perkhidmatan awam negeri Terengganu bukannya milik mutlak Pas yang sewenang-wenangnya boleh digunakan untuk kerja-kerja politik Pas, jentera dan perkhidmatan awam negeri Terengganu adalah milik rakyat Terengganu keseluruhannya, bukannya milik Pas.

Ini adalah satu bentuk pencabulan dan penyalahgunaan hak milik awam untuk kepentingan sempit parti.

Satu lagi persoalan yang, adakah Pas sekarang berada dalam keadaan terdesak dan defensif sehingga terpaksa mengerahkan jentera kerajaan negeri untuk membuat propaganda untuk membela Pas?

Semakin hari semakin banyak pembongkaran ketidakcekapan dan juga kelemahan pentabiran Pas Terengganu di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pembongkaran-pembongkaran ini tidak dapat dijawab dengan baik oleh pihak kerajaan negeri, justeru adakah tindakan unit penerangan kerajaan negeri memuat naik bahan propaganda parti merupakan langkah terdesak untuk menutup pembongkaran dan juga kegagalan pentadbiran kerajaan negeri?

Kepada pihak Pas, jujurlah dengan amanah yang diberi oleh rakyat. Rakyat mahu peningkatan taraf hidup dan juga pertumbuhan ekonomi yang baik, bukan retorik dan propaganda murahan bagi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan