Fitnah yang gagal: Guru tak dibenar balik awal bulan Ramadan bukan arahan baharu

TULAR dalam beberapa hantaran media sosial mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak membenarkan kakitangan sekolah terutamanya para guru untuk balik awal daripada biasa sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.

Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali dan cubaan untuk memburukkan KPM terutama Menteri Fadhlina Sidek, sekali lagi gagal. Ini adalah kerana apa yang dilakukan oleh pihak KPM dalam urusan pengoperasian sekolah sepanjang bulan Ramadan adalah dengan mengguna pakai surat arahan KPM bilangan 3 Tahun 2022.

Ini bermakna, arahan yang dikeluarkan sejak tahun 2022 masih lagi terpakai sehingga tahun 2025 ini iaitu bagi sesi persekolahan waktu petang di Semenanjung akan tamat pada jam 5.30 petang manakala di Sabah dan Sarawak sesi persekolahan waktu petang akan tamat jam 5 petang. Tidak ada sebarang arahan terbaharu dikeluarkan.

Fitnah yang dilakukan kali ini dengan mengaitkan bulan Ramadan adalah cubaan untuk menaikkan kemarahan orang Islam terutamanya kepada Kerajaan Madani supaya pimpinan kerajaan hari ini dilihat tidak begitu menitikberatkan soal ibadah yang perlu dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Namun setiap kali fitnah yang dilontarkan dijawab dengan fakta, sekali lagi ia menampakkan kebodohan pihak yang membuat fitnah tapi itulah sahaja kemampuan yang mereka ada untuk memburukkan pihak kerajaan hari ini yang dilihat lebih banyak menjaga kesucian agama Islam berbanding mereka yang sering melaungkan slogan ‘Membangun Bersama Islam’.

Adalah diharap agar kita semua dapat membuat penilaian yang sebaiknya pada setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Madani yang ada pada hari ini adalah yang terbaik dalam menjaga kebajikan terutamanya dalam hal ehwal agama Islam.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

  • By Aden
  • August 11, 2026
PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah