Pertumbuhan KDNK memberangsangkan di bawah pentadbiran Madani, rakyat ternanti-nanti dasar ekonomi alternatif pembangkang

PERTUMBUHAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara yang sangat memberangsangkan di bawah pentadbiran Kerajaan Madani melegakan banyak pihak terutama rakyat setelah negara berhadapan dengan krisis politik serta pandemik Covid-19 yang merencatkan pertumbuhan ekonomi dan juga negara terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.

Dengan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada tahun 2024 membuktikan bahawa model dan dasar Ekonomi Madani di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu perancangan serta perlaksanaan yang terbukti berkesan dalam memulihkan dan juga memacu ekonomi negara untuk berada di landasan yang betul bagi menjadikan negara sebagai negara maju serta berpendapatan tinggi

Namun begitu, kritikan pihak pembangkang kepada dasar dan pelaksanaan model Ekonomi Madani ini mendatangkan satu tanda tanya kepada rakyat, jika model ini dianggap gagal, rakyat menantikan satu model ekonomi alternatif yang dapat memberi semak dan imbang serta keyakinan rakyat kepada pembangkang

Namun begitu, setelah hampir tiga tahun, pihak pembangkang dilihat masih gagal untuk menyediakan model ekonomi mereka untuk menyaingi model Ekonomi Madani.

Bahkan setelah tiga kali belanjawan Kerajaan Madani, langsung tidak ada belanjawan alternatif daripada pihak pembangkang. Apa yang hanya mereka mampu lakukan hanya membuat bising dan merapu di Dewan Rakyat.

Begitu juga propaganda hebat mereka tentang SG4 yang digambarkan akan menyaingi pertumbuhan ekonomi negara bahkan lebih baik. Namun setelah tiga tahun langsung tidak ada tanda-tanda pertumbuhan negeri SG4 ini semakin membaik bahkan semakin merosot dan beku.

Pimpinan Pas yang sangat dicanangkan sebagai bakal PM11 itu menyaksikan negeri yang dipimpin oleh beliau terus merosot daripada segenap bidang, baik pertumbuhan ekonomi, kebajikan bahkan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah juga antara yang tertinggi.

Ini menimbulkan persoalan besar kepada rakyat, adakah pembangkang yang ada sekarang ini layak dan berkualiti ataupun mereka hanyalah daripada satu kelompok yang rakus kuasa, tidak cerdik serta hanya pandai berbohong, beretorik dan menunggang isu agama serta bangsa hanya semata-mata untuk dilihat sebagai pejuang rakyat?

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik