Cuaca panas: Anak perlu dibekalkan minuman secukupnya

IBU BAPA dinasihatkan untuk membekalkan air minuman mencukupi bagi keperluan anak-anak berikutan cuaca panas dan kering yang melanda kebanyakan kawasan sejak bulan ini hingga Mei depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sebarang aktiviti melibatkan murid dan pelajar perlu mengikut Garis Panduan Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Semasa Cuaca Panas yang sedia ada.

“Pihak KPM, Jabatan Pendidikan dan sekolah sentiasa mengikuti perkembangan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan tindakan sewajarnya perlu diambil mengikut garis panduan sedia ada.

“Ibu bapa juga digalakkan untuk membekalkan air minuman secukupnya kepada anak-anak mereka dan pihak sekolah akan memastikan bekalan minuman yang mencukupi untuk murid-murid,” katanya ketika kepada media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Tack di Ipoh, sempena hari pertama sesi baru tahun 2025, hari ini.

Sementara itu, Kah Woh berkata, seramai 461,198 murid Tahun Satu mendaftar di seluruh negara bagi sesi persekolahan 2025/2026.

Jelasnya, jumlah itu meningkat sebanyak 14,116 orang berbanding 447,082 murid pada sesi persekolahan lalu.

“Seramai 460,494 pelajar Tingkatan Satu pula menjadi sebahagian daripada 2,161,435 pelajar yang memulakan sesi akademik tahun ini.

“Sesi persekolahan 2025/2026 bagi Kumpulan A telah bermula semalam melibatkan beberapa negeri dan hari ini bagi Kumpulan B dengan jumlah keseluruhan seramai 5.14 juta orang,” katanya.

Related Posts

Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis diberi tumpuan

KANGAR – Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis serta penaiktarafan Kompleks Usahawan Tempatan Kuala Perlis antara inisiatif khusus negeri ini yang diumumkan menerusi Belanjawan MADANI 2027. Perdana Menteri merangkap Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM80 bilion untuk tangani kos sara hidup rakyat
  • AdenAden
  • October 9, 2026

PUTRAJAYA – Jumlah keseluruhan peruntukkan disediakan kerajaan bagi subsidi, bantuan dan insentif pada tahun hadapan iaitu lebih RM80 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk subsidi bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak