PENAMPANG – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Studio TikTok Shop X pertama di Malaysia di Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Penampang, di sini pada Ahad.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, studio TikTok Shop ini bertujuan memperkasa peniaga mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah dengan memberi peluang untuk mereka berkembang dalam dunia e-dagang melalui paltform TikTok.
“Kini dengan ada studio ini, kita dapat membantu para usahawan menjangkau pasaran yang lebih luas dengan bersiaran langsung di platform TikTok.
“Saya amat yakin dengan adanya hub live studio ini, kita dapat membantu mengangkat lagi martabat dan pencapaian PMKS di negara kita.
“Kalau selama ini kita dikenali sebagai tempat yang memerlukan untuk naik pokok bagi mendapatkan liputan telekomunikasi.
“Sekarang kita mahu Sabah dikenali sebagai satu tempat yang ada kemudahan digital studio seperti ini yang boleh membantu rakyat dalam menjanah pendapatan,” katanya dalam sidang media di Majlis Pelancaran TikTok Shop Live Hub X TEKUN Nasional.
Ewon berkata, caj yang dikenakan kepada usahawan yang mahu menggunakan studio tersebut adalah sangat minimum, jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos sewaan premis perniagaan.
Beliau juga berkata, penilaian berhubung perkembangan studio pertama ini akan dibuat, jika ia perlu diperluaskan lagi pembinaannya ke daerah-daerah lain di Sabah, kerajaan bersedia mencari ikhtiar untuk dijayakan.
“Kalau ternyata ia membantu meningkatkan pendapatan, saya sangat yakin ada permintaan daripada usahawan-usahawan di pedalaman, di Pantai Timur ia sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong dan mencari ikhtiar bagaimana ini dapat dikembangkan lagi,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut berkata sebanyak 12 buah studio yang bakal didirikan pada tahun ini di seluruh negara.
Katanya, dua buah studio sudah siap iaitu di Penampang dan Ibu Pejabat TEKUN di Kuala Lumpur dan akan diteruskan di beberapa tempat yang lain.
TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List
KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…
Lebih lanjut



