PRN Sabah: GRS sasar tawan semua kerusi DUN Tawau, Kalabakan

KALABAKAN – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan untuk menawan kesemua kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Tawau dan Kalabakan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, akan datang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, kerajaan GRS–Pakatan Harapan (PH) Plus pimpinannya mempunyai hala tuju yang jelas dan agenda besar bagi membangunkan Sabah demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Saya seru rakyat Tawau dan Kalabakan beri sokongan pada parti kerajaan atau GRS kerana kita ada hala tuju berbanding kerajaan sebelum ini yang tiada hala tuju hanya berbohong dan memfitnah sana sini. 

“Apa yang saya buat adalah untuk kebaikan rakyat Sabah dan ini telah dibuktikan,” katanya semasa berucap pada Program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 bersama Anak Merotai anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) di Dewan Terbuka Dato Sri Najib Merotai, pada Ahad. 

Dalam pada itu, Hajiji mahu semua kawasan DUN termasuk Merotai diwakili wakil rakyat kerajaan agar usaha membawa pembangunan di kawasan itu lebih berjalan lancar.

“Percayalah GRS akan membentek kerajaan sekali lagi, jadi, saya tidak mahu Merotai ketinggalan kali ini dan Merotai mesti diwakili wakil kerajaan.

“Kita mesti menang di sini, majukan Merotai kerana kita bukan bercakap kosong, kita ada hala tuju,” ujarnya. 

Mengenai calon GRS yang bakal bertanding, Hajiji yang juga Presiden GRS berkata senarai berkenaan setakat ini masih belum diputuskan. 

“Masih belum sampai ke pemilihan calon, kita ada masa lagi beberapa lama dan tempoh kita akan berakhir pada Oktober atau November. 

“Tapi kita cari calon yang ‘winnable candidate’ kerana kita mahu GRS ini terus memerintah kerana kita ada satu hala tuju yang cukup baik dan kalau dilaksanakan boleh angkat negeri kita ke peringkat lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Related Posts

UPKO mohon sertai GRS

KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengemukakan permohonan menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi parti tersebut mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang DUN sehari cetus spekulasi pembubaran Dewan Johor

JOHOR JAYA – Penerimaan notis mesyuarat bagi menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Jun depan mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya