CATS FM, AJAKCUT Barbershop belanja 300 pelajar lelaki gunting rambut

KUCHING – CATS FM dengan kerjasama AJAKCUT Barbershop menganjurkan program Back 2 School – CATS Gunting Rambut yang diadakan di Plaza Merdeka, Kuching. 

Program ini berlangsung bermula 12 tengah hari hingga 6 petang dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk komuniti setempat.

Sebagai tanda sokongan kepada ibu bapa dan pelajar dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, seramai 300 pelajar lelaki berpeluang mendapatkan perkhidmatan potong rambut secara percuma.

Seramai 11 tukang gunting rambut dari AJAKCUT Barbershop terlibat pada Sabtu. 

Selain itu, program ini turut diserikan dengan permainan Play Station (PS5), persembahan nyanyian, kuiz dan permainan yang dikendalikan oleh Crew Cats Rangers.

Majlis penutupan program ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd (CATS FM), Mohd Iskandar Mohd Nawawi.

Related Posts

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 484,699 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding 386,217 ketibaan dalam tempoh sama pada tahun lalu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini