Dua rumah, sederet empat lot kedai musnah terbakar

TAWAU – Dua buah rumah, sebuah kereta dan sederet kedai empat lot musnah dalam kebakaran di dua lokasi berasingan di Tawau, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, kebakaran pertama membabitkan dua rumah di Lorong 8A Mawar Kampung Pasir Puteh Baru, tengah hari tadi.

“Bomba terima panggilan pukul 12.33 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi bersama jentera dan mendapati sebuah rumah musnah sepenuhnya, sebuah lagi musnah 80 peratus manakala kereta Proton Saga FLX terbakar 20 peratus.

“Pasukan bomba kemudian memadam kebakaran menggunakan dua aliran 200 kaki empat pancutan sumber air dari jentera,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Sementara itu, bomba juga menerima panggilan kebakaran satu blok kedai empat lot di Kampung Sungai Burong, kira-kira pukul 1.34 petang.

“Empat lot kedai iaitu bengkel kimpalan, kedai runcit D’Hatt, kedai runcit Bukit Harapan dan kedai makan Warung Harapan telah terbakar 90 peratus.

“Operasi memadam kebakaran kemudian dilakukan dan turut dibantu anggota dari BBP Kunak.

“Bagaimanapun kebakaran di kedua-dua lokasi tidak melibatkan sebarang mangsa dan operasi ditamatkan sebaik kawasan sekitar dipastikan selamat,” katanya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi