Kerajaan persekutuan cakna keperluan rakyat Kemaman, mana suara ahli Parlimennya?

DAERAH Kemaman adalah di antara daerah utama di negeri Terengganu dengan jumlah penduduknya semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Populasi yang meningkat ini menyebabkan lebih banyak infrastruktur utama seperti sekolah serta hospital dirancang dan dibina untuk memberi keselesaan kepada penduduk.

Persoalannya sekarang kenapa bakal perdana menteri ke-11 yang dicanangkan oleh Pas yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat tidak berfungsi untuk menyelesaikan masalah rakyat?

Dr Samsuri yang dipilih dalam pilihan raya kecil (PRK) yang lalu dilihat langsung tidak berfungsi menjalankan tugas beliau sebagai Ahli Parlimen Kemaman.

Bagaimana seorang calon perdana menteri yang dicanang oleh pihak Pas langsung tidak cakna dengan keperluan rakyat yang diwakilinya?

Kerajaan persekutuan yang sering ditohmah dengan pelbagai fitnah oleh pihak pembangkang memperlihat sikap berjiwa besar pula yang mengambil peranan dengan meluluskan pembinaan sekolah rendah baharu di daerah Kemaman dalam Belanjawan 2025 bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat itu.

Amat malang penduduk Kemaman memperoleh seorang ahli Parlimen yang sangat tidak kompeten dan parti yang diwakilinya hanya pandai menabur fitnah siang malam kepada kerajaan yang menolong menyelesaikan masalah penduduk Kemaman.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api