Enam acara utama pelancongan di Labuan sepanjang tahun 2025

LABUAN – Sebanyak enam acara utama pelancongan disediakan di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan bagi melatari landskap pelancongan wilayah itu sepanjang tahun 2025.

Antara enam acara yang dianjurkan itu termasuk Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP), ‘Labuan International Sea Challenge’ (LISC), Borneo Flora Festival (BFF), Merdeka Golf Trophy, Borneo Art Festival (BAF) dan Remembrance Day (RD).

Jabatan Hal Ehwal Korporat, Perbadanan Labuan menerusi satu kenyataan menyatakan penganjuran berkenaan adalah kerjasama strategik mereka dengan jabatan kerajaan, agensi korporat dan swasta serta persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“SHWP merupakan acara utama yang diadakan pada bulan Februari dengan pengisian seperti Labuan Half Marathon dan Larian Wilayah Persekutuan pada 9 Februari yang disertai seramai 3,105 peserta.

“Acara itu juga dimeriahkan dengan Karnival Wilayah Persekutuan Kita yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Februari dan dijangka dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

“Kedua-dua acara pengisian SHWP ini diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan (KSLA),” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, LISC adalah acara tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1997 dan tahun ini dianjurkan pada 25 hingga 27 April.

“Edisi kali ini masih mengekalkan Cabaran Memancing Laut Dalam (Deep Sea Fishing Challenge) di Pulau Layang-layang, Kepulauan Spratly dan acara Cabaran Berkayak Mengililingi Pulau, ‘Kayak Marathon Mini’ , ‘Regatta Race’ (Perahu layar) serta aktiviti sokongan lain diadakan di KSLA.

“Bagi peminat dan penyokong acara BAF pula, tahun ini akan diadakan pada 26 hingga 28 September di Kompleks Ujana Kewangan Labuan. 

“BAF telah menjadi fenomena menarik penyertaan khasnya dari negara anggota ‘Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Philippines East ASEAN Growth Area’ (BIMP-EAGA).

“Seterusnya, acara RD akan berlangsung pada 9 November 2025 di ‘World War II Memorial’, Jalan Tanjung Batu dan bakal dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara Komenwel, ahli keluarga perajurit yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu turut menjelaskan, keistimewaan tahun ini ialah penganjuran julung kali BFF di  WP Labuan pada 26 hingga 30 Julai bertemakan ‘Borneo Tropical Flora’.

“Pengunjung KSLA akan berpeluang menyaksikan keindahan bunga-bunga dan dekorasi landskap dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Sabah Sarawak serta beberapa pavilion flora dari badan korporat, Institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah.

“Pengunjung juga berpeluang menyertai acara-acara pengisian dan sokongan yang diaturkan seperti Pasport BFF, persembahan dan pertandingan seni pentas, serta aktiviti kecergasan fizikal.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai dan mempromosikan acara-acara ini dalam usaha untuk kita menarik lebih ramai pelancong ke WP Labuan yang akan memberikan manfaat kepada semua rantaian ekonomi di sini dan sekitarnya,” jelas kenyataan itu.

Related Posts

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

JELEBU – Isu kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli akan menjadi antara keutamaan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri