RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pelaksanaan RTB juga wajar diperluaskan meliputi lebih banyak lokasi seperti Kampung Tanjung Batu dan Pasir Putih.

“Pihak Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah (JPPS) perlu meneliti semula sistem parit dan saliran utama bagi memastikan kejadian banjir tidak berulang.

“Keadaan ini dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang bertembung dengan fenomena air pasang, sekali gus menyebabkan limpahan air di beberapa kawasan, ” katanya kepada media selepas perasmian Wau sempena FKAT, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru orang ramai khususnya mangsa terjejas diminta supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kita minta semua bersabar dan berlapang dada. InsyaAllah, kerajaan negeri dan pemerintahan akan mengusahakan sesuatu untuk memastikan rakyat kita sekurang-kurangnya cukup dari segi makanan dan sebagainya.

“InsyaAllah, kami akan usahakan yang terbaik. Sekarang ini, patuh kepada arahan pihak berkuasa dan daftar di PPS kerana mengikut pengalaman lepas, ada yang tidak mendaftar lalu tidak mendapat bantuan.

“Jika tidak berpindah ke PPS, saya khuatir mereka tidak akan menerima bantuan, ” ujarnya.

Untuk rekod, hujan lebat berterusan sejak awal pagi Sabtu mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitar dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi.

Setakat 8 pagi Ahad, seramai 335 orang daripada 96 keluarga terjejas banjir di beberapa kawasan di Tawau, ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga kemudiannya mengarahkan semua agensi berkaitan menggerakkan segala aset serta tenaga kerja bagi mempercepat operasi menyelamat penduduk dan penyaluran bantuan.

Related Posts

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

JELEBU – Isu kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli akan menjadi antara keutamaan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

TAWAU – Seramai 23 mangsa yang terperangkap akibat banjir di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas, Batu 15 dan Kampung Terasing Batu 17 berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan