Kerajaan terus martabat golongan huffaz

PUTRAJAYA – Himpunan 25K Huffaz akan dianjurkan sekali lagi tahun ini sebagai manifestasi usaha kolektif dalam mengangkat martabat institusi tahfiz.

Ia juga bertujuan meraikan huffaz yang menjadi penyuluh kepada masyarakat dan simbol kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan kumpulan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan institusi tahfiz di Malaysia kini berada pada tahap membanggakan dengan kewujudan 18 Maahad Tahfiz Negeri dan 1,058 Maahad Tahfiz Swasta di seluruh negara.

Sehubungan itu, katanya, institusi huffaz akan terus dimartabat sebagai pusat pembentukan generasi rabbani.

Golongan itu, tegasnya, bukan sahaja mahir dalam hafazan al-Quran tetapi juga memiliki keupayaan intelektual serta kemahiran relevan bagi menyumbang kepada pembangunan negara.

“Sehingga kini, seramai 55,000 pelajar tahfiz mengikuti pengajian dengan bimbingan hampir 8,000 tenaga pengajar berdedikasi.

“Minat masyarakat terhadap pendidikan tahfiz semakin tinggi, mencerminkan kesedaran yang berkembang terhadap kepentingan pembinaan generasi al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Himpunan 24K Huffaz diadakan buat julung kalinya pada 14 September tahun lalu, dengan perasmiannya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata, bagi memastikan institusi huffaz terus berkembang secara sistematik dan kekal relevan dengan keperluan semasa, kerajaan merangka beberapa inisiatif utama termasuk Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN 2.0) yang sedang dibangunkan.

Tegasnya, ia bagi memastikan pendidikan tahfiz lebih tersusun dan berkualiti.

“Penambahbaikan kurikulum, penyelarasan akreditasi serta peningkatan infrastruktur dan sumber kewangan menjadi keutamaan dalam memastikan institusi tahfiz melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing.

“Kerajaan juga memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 (STM 2.0) yang bukan sahaja menilai hafazan 30 juzuk, tetapi turut menguji pemahaman serta ilmu Islam berkaitan kepada penghafaz al-Quran,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang