SPR tentukan jika perlu buat PRK Pandan, Setiawangsa

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul mengesahkan menerima notis daripada Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Ahli Parlimen Setiawangsa berkuat kuasa Isnin lalu.

Johari berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan selaras Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa tertakluk kepada pertimbangan serta keputusan SPR,” katanya.

Ahad lalu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan keluar daripada PKR seterusnya mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.

Pengumuman itu dibuat kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika majlis pengumuman hala tuju politik yang berlangsung di Petaling Jaya.

Rafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa diserahkan kepada Johari pada Isnin, selain pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh pada Selasa.

Kedua-dua pemimpin itu juga mengesahkan mengambil alih Parti Bersama Malaysia, iaitu parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di George Town, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.

Related Posts

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa