Perkasakan industri penjagaan untuk galakkan wanita kembali bekerja – Nancy Shukri

KUCHING – Industri penjagaan perlu diperkasakan untuk menggalakkan kaum wanita kembali kepada sektor pekerjaan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, urusan penjagaan keluarga terutama orang tua atau kanak-kanak menyukarkan kaum wanita kembali ke sektor perkerjaan. 

“Oleh itu, kita perlu memperkasakan industri penjagaan kerana ia menjadi salah satu faktor menyukarkan kaum wanita kembali kepada sektor pekerjaan,” ujar beliau.

Tambah beliau, sesetengah kaum wanita terpaksa berhenti bekerja atas alasan menjaga ahli keluarga yang mempunyai masalah kekurangan upaya, anak-anak atau orang tua.

“Jadi, kerajaan memperkenalkan subsidi untuk penjawat awam menghantar anak-anak ke taska,” kata beliau. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo di hotel terkemuka pada Selasa.

Sementara itu, Nancy berkata, pihak organisasi swasta juga perlu bersama-sama dalam usaha ini untuk menggalakkan kaum wanita kembali kepada sektor perkerjaan.

“Beban ini tidak hanya terletak pada bahu kerajaan, tetapi pihak swasta juga perlu memberi komitmen yang sama untuk menggalakkan kaum wanita kembali berkerja,” kata beliau.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa