KSTI komited perkasa AI, pendidikan di Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) komited memperkasa kecemerlangan dalam pelbagai sektor termasuk kecerdasan buatan (AI), pendidikan dan kebajikan kakitangan bagi tahun 2025.

Menterinya, Datuk Arifin Mohd Arif berkata, kementerian bersama agensi-agensi di bawah seliaannya akan terus memperkukuh kerjasama bagi memastikan setiap bidang dapat dimajukan secara bersepadu.

“Setiap agensi mempunyai peranan tersendiri, namun kita perlu bersatu dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan lebih besar.

“Misalnya, bidang pendidikan turut melibatkan pelbagai agensi seperti KSTI, Jabatan Pendidikan, JHEAINS dan lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Amanat Menteri KSTI di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Selasa.

Beliau turut menekankan kepentingan AI dalam pembangunan negeri dan memaklumkan bahawa kementerian akan memulakan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menubuhkan pusat AI.

“Kita telah menerima taklimat daripada pakar AI UMS, dan mereka turut berkongsi pengalaman dengan negeri-negeri lain.

“Fokus kita adalah memperkasakan AI dalam konteks keunikan Sabah, termasuk alam semula jadi dan budayanya,” jelasnya.

Arifin berkata, dalam usaha memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris, kerajaan negeri akan mengumpulkan pakar pendidikan dari Jabatan Pendidikan, UMS, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Pendidikan Guru (IPG) serta institusi lain untuk merangka strategi bersesuaian mengikut acuan Sabah.

“Kita akan mendapatkan pandangan pakar dan melihat model terbaik untuk memperkasa bahasa Inggeris, bukan sekadar meniru negeri lain tetapi menyesuaikannya mengikut keperluan Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa