Lima buah rumah, empat motosikal musnah dalam kebakaran di Manjoi

IPOH – Lima buah rumah termasuk empat motosikal musnah dijilat api dalam kes kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussain Baru, Manjoi, di sini pada malam Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian sekitar 7.45 malam ini bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.

Ujarnya, sejurus menerima laporan, seramai 13 orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh bergegas ke lokasi.

“Kita dapati kebakaran membabitkan lima buah rumah tingkat jenis kelas B.

“Dua rumah musnah terbakar 80 peratus, sebuah rumah 50 peratus manakala dua lagi masing-masing 10 dan lima peratus.

“Juga terdapat empat buah motosikal musnah dijilat api dengan anggaran kemusnahan 90 peratus,”katanya dalam satu kenyataan.

Ulasnya, anggota bomba bertindak melaksanakan kerja pemadaman menggunakan tiga aliran 600 kaki bersumberkan air tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

Operasi terkawal sekitar jam 8.47 malam dan tamat sepenuhnya jam 11.38 malam.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu