Lesen bazar Ramadan akan dibatal jika dijual kepada pihak ketiga – PM

PERDANA Menteri, Anwar Ibrahim memberi amaran tegas bahawa kerajaan akan membatalkan lesen tapak bazar Ramadan peniaga yang didapati menjualnya kepada pihak ketiga.

Anwar berkata, pihak tersebut telah sekian lama mengeksploitasi sistem itu dan memperoleh komisen yang besar.

Beliau berkata, ini telah mendorong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetatkan proses pelesenannya tahun ini.

“Apa masalahnya untuk beri lesen kepada orang berniaga tanpa melalui wakil (ejen)?

“Kalau persatuan ambil berpuluh ringgit untuk pengawasan dan kebersihan, itu saya faham.

“Tetapi dijual semula, maknanya penjawat awam terlibat itu tahu dan bersekongkol.

“Saudara harus faham, ini bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur, di hampir semua ibu kota negara kita,” kata.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

Katanya, perkara sedemikian perlu dihentikan segera dengan langkah penguatkuasaan yang tegas daripada terus berleluasa.

“Bayangkan orang hendak berniaga pada Ramadan untuk mendapatkan hasil dan upah yang lebih tinggi serta persiapan Aidilfitri kepada keluarga,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji langkah DBKL dalam menurunkan harga tapak bazar Ramadan yang lebih rendah.

Pada 23 Januari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, DBKL akan mengawal sepenuhnya permohonan lesen bazar Ramadan dan pengurusan tapak di ibu negara bagi memastikan harga sewa yang berpatutan dan pengawasan yang lebih baik.

Beliau berkata, beberapa peniaga telah membayar orang tengah sehingga RM20,000 untuk sebuah gerai, tetapi akhirnya penjaja tidak mendapat tapak tersebut.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, juga mengulangi sokongannya terhadap tindakan keras DBKL terhadap perniagaan haram yang dijalankan oleh warga asing, yang sebahagiannya katanya telah beroperasi selama beberapa dekad.

“Kalau dibiarkan, keadaan itu menjadi bobrok sedemikian, puluhan tahun diizinkan.

“Jadi sebab itu saya ingin menggesa dan menyokong langkah diambil supaya tegas. Ikut peraturan dan bukan bertindak ganas atau zalim. Tidak,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Dr Zaliha.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff