Keputusan keahlian mana-mana parti diumum selepas perbincangan dengan Zahid – Tengku Zafrul

TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keputusan mengenai keahliannya dalam mana-mana parti akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pengumuman akan hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan bersama Ahmad Zahid.

“Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu,” katanya selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di Shah Alam, pada Ahad, yang dirasmikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Terdahulu, terdapat ura-ura mengatakan Tengku Zafrul akan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR beberapa bulan lalu tetapi beliau menafikan perkara itu dan meneruskan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri

Dalam perkara berasingan, Tengku Zafrul berkata terdapat cadangan daripada beberapa pihak supaya beliau dilantik Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas penggalnya sebagai senator berakhir Disember depan.

“Bagi saya apa-apa pun jawatan yang diberi sekarang atau pada masa hadapan, itu terpulang kepada Perdana Menteri,” katanya

Tambahnya, fokus utama pada ketika ini adalah meneruskan tugas penting di kementerian, termasuk memainkan peranan dalam menjayakan komitmen Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun ini.

Related Posts

Putra persoal gesaan UMNO, Pas supaya PRU16 diawalkan

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mempersoalkan gesaan UMNO dan Pas supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pihaknya meneliti secara mendalam alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika UMNO pilih PN, PH perlu perluas ‘khemah besar’ – Faiz

PAKATAN HARAPAN (PH) perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya UMNO memilih memperkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, PH…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014