Fiesta Makan-makan Kota Kinabalu beri ruang usahawan tonjol kreativiti, wujud jaringan perniagaan baharu

KOTA KINABALU – Fiesta Makan-Makan Kota Kinabalu beri ruang kepada para usahawan untuk menonjolkan kreativiti dan kepakaran mereka dalam bidang kulinari termasuk mewujudkan jaringan perniagaan baharu.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sr Lifred Wong berkata ini termasuk meningkatkan visibiliti produk serta berpotensi memperluaskan pasaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya menggesa kepada para usahawan agar menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi fokus kepada peningkatan jati diri, kualiti produk, sistem dan penjenamaan, seterusnya melebarkan sayap ke peringkat yang lebih jauh bukan sekadar pasaran tempatan malah ke peringkat antarabangsa.

“Fiesta Makan-makan kali kelima ini mengekalkan konsep asal yang sudah terbukti relevan dan mendapat permintaan tinggi.

“Namun, kita juga memperkenalkan perubahan dari segi pemilihan pengusaha baharu serta pilihan produk yang tular mengikut populariti semasa bagi memastikan fiesta ini terus segar dan menarik minat pengunjung,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian fiesta itu di sini pada Jumaat.

Tambahnya, antara strategi yang diambil bagi menarik lebih ramai pengunjung adalah dengan menambahkan pelbagai tarikan baharu khususnya untuk golongan kanak-kanak.

Fiesta selama dua hari itu disertai sebanyak 100 gerai dengan lebih 200 usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai jenis produk makanan, termasuk masakan tradisional, sajian kampung, hidangan barat, pastri, serta makanan dan minuman tular, yang popular di media sosial, menjadikannya medan terbaik untuk mempromosi produk tempatan. 

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor