PMX yakin akidah orang Islam, tiada keperluan garis panduan ke rumah ibadat bukan Islam

BATU CAVES – Tiada keperluan untuk menetapkan garis panduan mengenai pembabitan umat Islam ke majlis atau upacara di rumah ibadat bukan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan umat Islam sebaliknya hanya perlu menjaga akidah dan mematuhi peraturan agama yang sudah ditetapkan.

“Seperti saya datang di sini (Batu Caves) hari ini bukan masuk dalam upacara agama. Begitu juga kalau ke majlis perkahwinan di kawasan masjid, bukan mereka pergi ke syarahan agama.

“Tak perlu nak bagi penjelasan berhubung peraturan atau garis panduan. Yang perlu orang Islam jaga akidahnya, bahawa ada peraturannya (dan) ada yang tak boleh dilanggar,” katanya kepada pemberita ketika melawat di Batu Caves, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Jemaah Menteri hari ini yang bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberikan nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, dalam kenyataan bersama mereka, dilaporkan berkata nasihat itu bagaimanapun tidak bersifat dasar.

Dalam pada itu, Anwar berkata, keputusan Kabinet berhubung mesyuarat itu akan dipersembahkan kepada Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Namun, Perdana Menteri tidak menjelaskan bila  hasil mesyuarat itu akan dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

“Kita Islam agama persekutuan namun kita negara pelbagai kaum pelbagai agama. (Diharap) jangan sulitkan, timbulkan kerisauan dalam masyarakat.

“Jadi, apa-apa masalah berbangkit, tidak berbangkit kerana telah diputuskan dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri dan akan dipersembah kepada Sultan Nazrin yang merupakan Pengerusi MKI,” katanya.

Lawatan Anwar di Batu Caves petang ini untuk memastikan kemudahan di sini selesa bagi penganjuran acara Thaipusam, minggu depan.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan.

Terdahulu, Perdana Menteri menyertai kira-kira 1,500 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati, Ampang.

Selepas solat Jumaat, beliau yang diiringi Amirudin, meluangkan masa bersama pengunjung Medan Selera Anjung, Taman Melawati untuk makan tengah hari.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar