TYT Sarawak hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jafaar hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara.

Difahamkan majlis tersebut berlangsung pada 10 pagi di Istana Negara yang turut disertai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Tuanku al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Antara agenda utama ialah taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia diikuti dengan perbincangan rasmi Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Amat Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, serta Ketua-Ketua Menteri dari seluruh negara.

Setelah mesyuarat, TYT Sarawak menyatakan harapan agar institusi beraja terus menjadi payung kedaulatan negara, mengukuhkan kestabilan serta keharmonian rakyat.

Selain itu, beliau juga berharap setiap keputusan yang dicapai dapat memperkukuh tadbir urus negara, membawa kemajuan dan manfaat berpanjangan untuk agama, bangsa, dan negara.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan