Jambatan Muara Lassa mercu tanda baharu Daro

DARO – Jambatan Muara Lassa yang dibuka kepada orang awam pada 9 Januari lepas bakal menjadi mercu tanda baharu Daro.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, jambatan itu juga bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 22 Februari ini.

“Jambatan Muara Lassa memberi kemudahan akses dengan lebih cepat dan mudah kepada penduduk sekitar terutama penduduk Pulau Bruit serta tanah besar Daro yang tidak lagi bergantung kepada perkhidmatan feri,” ujar beliau.

Selain itu, kata beliau lagi, keprihatinan kerajaan dan usaha pemimpin tempatan dalam memberi keselesaan serta kemudahan kepada rakyat luar bandar direalisasikan dengan pembinaan pelbagai  infrastruktur yang akan memberi lebih banyak impak positif jangka masa panjang kepada masyarakat tempatan.

“Pembinaan jambatan ini  sebagai pengubah keadaan untuk pembangunan lebih pesat di Daerah Daro dan kawasan sekitarnya,” jelas beliau.

Menurut beliau lagi, perasmian jambatan ini menjadi lebih bermakna kerana bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-51 Penubuhan Daerah Daro dan Premier Sarawak akan turut merasmikan Bangunan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Daro seterusnya menghadiri Majlis Pelancaran Bina Baru Waterfront Daro.  

Related Posts

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MIRI – Ruang bandar yang kurang dimanfaatkan boleh diberikan fungsi baharu bagi mewujudkan kawasan komuniti lebih aktif serta menggalakkan kegiatan sukan, rekreasi dan interaksi sosial. Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027