Beef Wellington halal jadikan Kay’s Steak & Lobster terkenal, dapat permintaan tinggi

BILA mendengar sahaja restoran ‘fine casual’ pasti akan timbul pertanyaan terhadap status halal menu, makanan dan premis restoran itu.

Antara menu terkenal disajikan oleh restoran mewah adalah ‘Beef Wellington’, menu yang dipopularkan cef terkemuka dunia, Gordon Ramsay yang merupakan hidangan stik daging dibaluti dengan pastri lapis, kemudian dibakar dalam ketuhar.

Walaupun cef selebriti itu membuka restoran mewahnya, Gordon Ramsay Bar & Grill di Petaling Jaya, namun ia tidak memiliki sijil halal susulan alkohol dihidangkan di restoran tersebut.

Kesempatan itu menjadi kelebihan bagi Kay’s Steak & Lobster apabila pemilikan sijil halal JAKIM pada September 2023 juga hidangan ‘Signature Beef Wellington menjadi antara faktor utama restorannya semakin dikenali dan mendapat sambutan ramai, selain keupayaan menarik minat pelanggan dalam kalangan bukan Islam dari dalam serta luar negara.

Pengarah Urusannya, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid, 41, berkata, pelanggan yang pernah menjamu selera di restoran yang menjanjikan pengalaman gastronomi terbaik juga memberi maklum balas positif berhubung keyakinan dalam menikmati keunikan menu terbabit.

“Sambutan diterima agak baik, khsusunya selepas restoran kita memperkenalkan Signature Beef Wellington yang halal, semakin ramai mahu makan khususnya mereka yang was-was untuk rasa masakan itu sebelum ini. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sukar untuk mendapatkan juadah sama yang halal di Malaysia.

“Kesemua juadah disediakan oleh 12 orang cef profesional yang berpengalaman menggunakan bahan-bahan khas yang diimport, kalau daging lembu kita import dari Australia, manakala udang galah dari Amerika Syarikat atau Kanada,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP) pada majlis perasmian cawangan baharu Kay’s Steak & Lobster di Elmina Temu, pada Selasa.

Kay’s Steak & Lobster yang telah beroperasi selama 10 tahun terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan premium dengan pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam selepas mencatat kejayaan besar dengan jualan mencecah RM17 juta sepanjang tahun lalu menerusi tiga cawangan sedia ada.

Dengan kapsiti 60 orang pelanggan dalam satu masa, cawangan baharu restoran itu menjanjikan pengalaman menarik menerusi hidangan utama restoran itu, iaitu Garlic Butter Lobster, Ribeye Steak dan sudah semestinya, Signature Beef Wellington yang merupakan menu paling laku keras.

Mengulas kesegaran udang galah, Aizuddin memberi jaminan hidupan laut itu dihidangkan secara segar selain diberi kebebasan untuk membuat pilihan saiz sesuai, bergantung dengan kemampuan pelanggan.

“Udang galah yang dibawa ke restoran masih hidup. Sebab itu, walaupun harganya mahal, rata-rata pelanggan tetap mahupun baharu boleh menerimanya memandangkan hidangan dihasilkan oleh kami dijamin berkualiti seperti yang dijanjikan.

“Jangan risau kerana stok makanan laut kami sampai setiap hari, jadi tidak ada isu makanan tidak segar dan tidak disempurnakan lagi dengan SOP (Prosedur Operasi Standard) halal,” katanya.

Bercerita tentang perjalanannya membuka restoran berkonsepkan masakan Barat, Aizuddin mengakui banyak persediaan dan waktu yang perlu dikorbankan pada awal detik beliau mula menceburi bidang industri makanan dan minuman (F&B).

Anak jati Kuala Lumpur itu turut mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang pengajian yang berkaitan F&B kerana sebelum ini, beliau hanya bekerja dalam bidang perbankan sahaja.

Namun, perkara itu tidak menghalangnya untuk mencuba nasib dalam industri F&B kerana Aizuddin percaya bahawa setiap usaha yang dilakukan itu pasti setimpal dengan hasilnya.

“Saya sebelum ini dalam bidang akauntan dan memilih terlibat dalam makanan mewah kerana pada mulanya saya beranggapan ini mungkin laluan mudah dalam berbisnes namun saya akui sebenarnya banyak cabaran yang perlu dilaluinya selaku ‘orang baru’ dalam industri F&B.

“Selain aliran tunai, aspek kualiti makanan dan khidmat layanan juga menjadi keutamaan dalam menjadi tarikan pelanggan kerana dalam industri ini, kualiti makanan adalah pertama dan kedua servis sebab itu juga orang nak lihat,” katanya.

Selain restoran di Elmina Temu, Kay’s Steak & Lobster mempunyai cawangan iaitu di Putra Heights, Ampang dan Putrajaya dan menariknya, setiap cawangan itu mempunyai ciri reka bentuk dalaman dan suasana yang berbeza, walaupun berkonsep kasual ‘semi fine dine’.

Sementara itu, Aizuddin memaklumkan pihaknya akan melebarkan lagi operasinya dengan pembukaan cawangan baharunya di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, dijangka pada Ogos depan.

Pelanggan yang berminat mengunjungi Kay’s Steak & Lobster di Putra Heights, Ampang, Putrajaya dan Elmina Temu yang dibuka setiap hari dari 12 tengah hari hingga 10 malam, kecuali Jumaat yang beroperasi bermula dari 4 petang sehingga 10 malam.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui menu hidangan atau membuat tempahan meja di restoran Kay’s Steak & Lobster, sila ikuti maklumat lanjut di kaysteaklobster.com.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka