PBB agihkan 30,000 gelang pengenalan, elak perpisahan keluarga Gaza

HAMILTON- Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) telah mengagihkan lebih daripada 30,000 gelang pengenalan kepada kanak-kanak yang merentasi sempadan ketika perpindahan pemindahan besar-besaran penduduk menuju ke Semenanjung Gaza.

Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), jurucakap Stephane Dujarric dalam satu sidang akhbar berkata, gelang pengenalan kepada kanak-kanak berusia bawah empat tahun itu bagi membantu mencegah pemisahan keluarga.

Beliau menekankan kepentingan gelang pengenalan ini, sambil menyebut laporan mengenai “lebih daripada 250 kanak-kanak kecil yang telah terpisah daripada penjaga mereka ketika menyeberang ke utara.”

Jelas Dujarric, penduduk Gaza yang dipindahkan terus bergerak ke selatan dan utara Gaza sebelum bersatu semula bersama keluarga dan mula membina semula kehidupan mereka.

“Sehingga hari ini, kami dan rakan kemanusiaan menganggarkan lebih daripada 545,000 orang telah menyeberang dari selatan ke utara Gaza dalam tempoh seminggu yang lalu.

“Berdasarkan pemerhatian, lebih daripada 36,000 orang telah bergerak dari utara ke selatan,” tambahnya.

Dujarric turut memaklumkan bahawa tiga tapak sementara yang boleh menampung sekurang-kurangnya 5,000 orang telah ditubuhkan di Beit Hanoun, Beit Lahiya, dan Jabalia di utara Gaza.

“Sementara itu, rakan-rakan yang bekerja dalam sektor pendidikan melaporkan bahawa kira-kira 280,000 kanak-kanak dalam usia persekolahan di Gaza telah mendaftar dalam program pembelajaran dalam talian Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA),” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap operasi berterusan tentera Israel di Jenin dan Tulkarm yang terletak di Tebing Barat yang diduduki.

“OCHA sekali lagi memberi amaran bahawa taktik mematikan yang menyerupai peperangan sedang digunakan, menimbulkan kebimbangan mengenai penggunaan kekerasan yang melampaui standard penguatkuasaan undang-undang, tentera Israel juga memusnahkan 20 struktur kediaman di mana lebih daripada 50 keluarga tinggal di kem pelarian Jenin,” katanya.

Akibat serbuan tentera Israel ke atas rumah-rumah Palestin, Dujarric menyatakan sekurang-kurangnya 15 keluarga telah kehilangan tempat tinggal.

“Hari ini, tentera Israel menyerbu Kem Pelarian El Far’a dan menyekat pintu masuknya. Akibatnya, puluhan keluarga dilaporkan telah melarikan diri dari kem itu kerana bimbang akan operasi Israel yang lebih besar,” katanya.

Dujarric juga melaporkan bahawa sehingga hari ini, jumlah kematian rakyat Palestin dalam operasi terbaharu Israel di Tebing Barat telah mencecah 39 orang sejak 21 Januari, ketika operasi di Jenin bermula.

Peningkatan ketegangan di Tebing Barat berlaku selepas gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan dikuatkuasakan di Gaza pada 19 Januari, selepas 15 bulan perang genosid Israel yang telah membunuh lebih 47,500 rakyat Palestin dan menghancurkan wilayah itu.

Sejak permulaan perang genosid Israel ke atas Gaza pada Oktober 2023, lebih daripada 900 rakyat Palestin telah terbunuh di Tebing Barat akibat serangan oleh tentera Israel dan peneroka Yahudi.

  • Related Posts

    Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

    ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

    NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

    Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

    Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

    Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

    GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

    GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

    Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

    • By Fandi
    • October 6, 2026
    Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

    Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

    Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

    Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

    Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills