Inovasi UMS Sandakan, politeknik dimanfaat bantu masyarakat

SANDAKAN – Kepakaran dan inovasi yang dimiliki Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan dan politeknik dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu masyarakat setempat.

Demikian dinyatakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berikutan usaha itu salah satu sumbangan penting yang dapat diberikan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada komuniti.

“Jika kita boleh menggunakan inovasi yang ada untuk membantu masyarakat, saya fikir itu adalah antara sumbangan yang boleh kita berikan,” katanya ketika berucap dalam lawatan kerja ke Fakulti Pertanian Lestari UMS Sandakan, pada Jumaat.

Mustapha turut mengambil contoh semasa lawatannya ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) tahun lepas yang memperkenalkan model i-Mushroom memberikan contoh terbaik tentang bagaimana inovasi tersebut dapat dimanfaatkan.

“Model i-Mushroom ini telah digunakan untuk membantu beberapa di sekitar Pahang, sekaligus dijadikan kertas kerja untuk memohon pertukaran Sejati Madani bernilai RM100,000.

“Saya lihat beberapa kampung menggunakan model i-Mushroom ini dan ia memberi manfaat kepada mereka.

“Ini adalah contoh bagaimana inovasi yang dihasilkan oleh IPT dapat digunakan untuk meningkatkan kehidupan masyarakat di luar bandar,” katanya.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar mengingatkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini memberi tumpuan kepada tujuh fokus utama, salah satunya adalah mengembangkan dan mengaplikasikan inovasi yang dihasilkan oleh IPT kepada komuniti.

Beliau berharap agar UMS Sandakan dapat terus bekerjasama dengan masyarakat untuk memperkenalkan lebih banyak projek yang mampu menambah pendapatan komuniti.

“Jika kita dapat melakukan ini, UMS akan dikenali sebagai agensi yang membantu masyarakat dan menarik lebih banyak kerjasama daripada komuniti untuk meningkatkan taraf hidup mereka,” ujarnya.

Related Posts

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

MUAR – Pengundi diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik sabotaj digital berikutan terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon untuk menyebarkan fitnah sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara