Polis buka siasatan cubaan bunuh depan kelab malam

SEBUAH trak pikap dan sebuah kereta sedan dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam dekat Kuala Lumpur.

Sebuah video tular mengenai pelanggaran itu menunjukkan kereta sedan berwarna perak dan trak pikap berwarna putih memecut laju serta merempuh sekumpulan individu yang berdiri di tepi bangunan tersebut sebelum melarikan diri.

Beberapa ketika kemudian, kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai berpatah balik dan memandu melawan arus sebelum cuba sekali lagi merempuh kumpulan sama.

Kereta sedan perak itu dilihat melanggar seorang individu dalam percubaan tersebut.

Kenderaan itu kemudian membuat satu lagi pusingan dan cuba merempuh kumpulan yang sama. Sedan perak itu turut dilihat melanggar sebuah objek dipercayai motosikal.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak polis menerima laporan pada Rabu daripada seorang lelaki berusia 24 tahun mendakwa menyaksikan sebuah Toyota Hilux dan kereta Toyota Vios dipandu secara berbahaya berhampiran kelab malam berkenaan.

“Kenderaan tersebut melanggar sekumpulan individu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya dua daripada mereka mengalami kecederaan.

“Salah seorang mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini tiada mangsa yang tampil membuat laporan.

“Kami membuka siasatan cubaan membunuh berhubung insiden tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Kami menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi talian hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau hotline Polis Brickfields di 03-2297 9222,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka dibebaskan selepas tempoh reman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak