Jawatankuasa khas urus agensi pembangunan semula Gaza ditubuh

PUTRAJAYA – Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi akan ditubuhkan bagi menyokong komitmen dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam membangunkan semula Gaza termasuk membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr Mohd Na’im berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan dirinya dan diurussetia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia.

“Jawatankuasa Khas ini akan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri serta rakan-rakan strategik bagi mempertingkat kerjasama menyeluruh masyarakat dalam pembangunan semula Gaza.

“Marilah bersama-sama berdoa agar segala perancangan yang disusun ini terlaksana dengan jayanya. Semoga Allah memberikan limpahan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin menghadapi ujian berat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pengumuman gencatan senjata di Gaza harus disusuli dengan perancangan pemulihan wilayah itu.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan menggerakkan usaha membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin.

“Usaha ini akan direalisasikan dengan menggembleng sinergi dan kerjasama semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta, perniagaan, korporat dan seluruh rakyat kita,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Anwar turut memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun mencapai kesepakatan untuk menyegerakan usaha membina semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

“(Ini) dengan menubuhkan dana khas bagi menyokong pembangunan semula wilayah yang terkesan.

“Moga kewujudan dana khas ini akan mencapai misi dan matlamat yang kita rancang,” ujarnya.

Ujarnya, Malaysia terus menitipkan doa dan harapan agar Allah SWT terus memberi perlindungan buat Gaza dan Palestin.

“Serta memberkati setiap usaha dan pengorbanan kita dalam memberikan harapan baharu buat mereka, Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam