Hampir 430,000 warga Palestin kembali ke utara Gaza

HAMILTON – Sekurang-kurangnya 430,000 warga Palestin berpindah masuk dan kembali dari selatan Semenanjung Gaza menuju ke utara Gaza, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.

“Rakan kemanusiaan kami menganggarkan bahawa lebih daripada 423,000 orang telah menyeberang dari selatan ke utara sejak pembukaan jalan Salah ad-Din dan Al Rashid pada hari Isnin,” kata jurucakap Stephane Dujarric dalam sidang media.

Duharruc berkata, para pekerja bantuan di lapangan sedang menyediakan makanan, air, dan kit kebersihan kepada mereka yang berpindah. Dana Kanak-Kanak PBB (UNICEF) turut mengedarkan gelang pengenalan untuk kanak-kanak bagi membantu keluarga kekal selamat dan dapat dihubungi sepanjang perjalanan.

“Mereka yang berpindah termasuk kanak-kanak tanpa penjaga, wanita hamil, warga emas, individu yang menghidap penyakit kronik, orang kurang upaya, serta mereka yang memerlukan rawatan perubatan berterusan,” tambahnya.

Dujarric turut menekankan ‘kemerosotan drastik dalam situasi kemanusiaan dan perlindungan’ di Tebing Barat yang diduduki.

“Pasukan Israel terus menjalankan operasi di wilayah Jenin dan Tulkarm di utara Tebing Barat. Kami telah berulang kali menyuarakan kebimbangan mengenai penggunaan taktik ketenteraan yang bersifat mematikan dalam operasi ini,” katanya.

Merujuk kepada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Dujarric melaporkan bahawa ‘infrastruktur awam dimusnahkan dan perkhidmatan penting terganggu’ di Tebing Barat yang diduduki.

Beliau berkata hampir 1,000 rakyat Palestin telah kehilangan tempat tinggal akibat gangguan terhadap perkhidmatan penting.

Ketika ditanya mengenai larangan Israel terhadap Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) yang bakal berkuat kuasa pada hari Khamis, Dujarric berkata, PBB telah mengambil beberapa langkah dan menegaskan bahawa agensi PBB itu akan terus melaksanakan mandatnya, sehingga ia secara fizikal tidak dapat beroperasi.

Berkenaan ancaman yang mungkin dihadapi oleh agensi itu dan kakitangannya daripada penguatkuasa undang-undang Israel.

“Kakitangan, baik nasional mahupun antarabangsa, perlu dilindungi mengikut undang-undang antarabangsa dan menurut kewajipan Israel di bawah undang-undang antarabangsa.

“Israel tidak memberikan sebarang jaminan kepada PBB untuk melindungi kakitangannya,” katanya.

Parlimen Israel (Knesset) telah mengundi pada bulan Oktober untuk mengharamkan operasi UNRWA di kawasan di bawah pendudukan Israel, dengan mendakwa bahawa kakitangan agensi PBB itu terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 iaitu satu tuduhan yang dinafikan oleh UNRWA.

Larangan itu, yang berlaku di tengah-tengah konflik berterusan di Gaza, menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan kepada bantuan penting bagi jutaan pelarian Palestin.

Pegawai PBB telah berulang kali memberi amaran bahawa langkah sebegitu boleh memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah pun teruk.

UNRWA, yang telah beroperasi sejak 1949, menyediakan perkhidmatan penting seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada pelarian Palestin di Tebing Barat, Gaza, Lubnan, Jordan, dan Syria, walaupun menghadapi cabaran politik dan kewangan, agensi ini kekal sebagai penyelamat bagi komuniti yang terjejas, lapor Anadolu.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills