Harga runcit diesel naik lima sen

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter iaitu daripada RM3.13 seliter kepada RM3.18 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.43 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Harga diesel RM3.18 seliter di Semenanjung ditetapkan kerajaan ini masih kekal rendah berbanding harga diesel diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.

Ujarnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka dibebaskan selepas tempoh reman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT