Kabinet setuju tiga jawatankuasa bawah KKM disatukan

PUTRAJAYA – Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) digabungkan menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional bagi menangani pelbagai isu berbangkit dalam sektor kesihatan.

Ia membabitkan Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi, Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Kanak-Kanak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet menangani Denggi Bilangan 1/2025 dipengerusikannya hari ini.

“Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional yang (mesyuaratnya) akan diadakan sebanyak tiga kali setahun,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengenai perkembangan kes demam denggi, Ahmad Zahid berkata, KKM merekodkan sebanyak 122,423 kes dan 117 kematian pada tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 0.6 peratus dan peningkatan kematian sebanyak 17.0 peratus berbanding tahun 2023.

Katanya, bilangan kes yang dilaporkan pada awal tahun 2024 adalah melebihi 3,000 kes seminggu.

“Namun, terdapat perkembangan positif apabila berlaku trend penurunan kes bermula pada Minggu Epidemiologi ke-29 (20 Julai 2024).

“Kini, purata kes mingguan menurun dengan ketara kepada sekitar 1,200 hingga 1,500 kes sahaja setiap minggu dan berada di bawah paras median lima tahun,” katanya.

Beliau berkata, bagi memperkukuh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan denggi melalui pendekatan ‘Whole of Nation’ (menyeluruh), beberapa keputusan sudah diputuskan antaranya, semua kementerian, jabatan, agensi perlu memperkukuh inisiatif sedia ada dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.

“Kerjasama antara Bahagian Kawalan Penyakit, KKM dan Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi diteruskan dengan menambah baik sistem sedia ada berdasarkan keperluan semasa dan memanfaatkan teknologi terkini untuk memastikan pengurusan denggi yang lebih efektif.

“Meneruskan pengoperasian pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia dengan penambahan 10 lokaliti baharu setiap tahun serta memperluaskan di negeri lain.

“Pada masa ini hanya lapan negeri yang melaksanakannya iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Johor, Pahang serta Negeri Sembilan,” katanya.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan kunci utama rakyat Malaysia hadapi cabaran mendatang

PUTRAJAYA – Kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latar belakang rakyat Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kelemahan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada identiti negara yang dibina bersama sejak sekian lama. Tokoh Perpaduan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Jemputan bekas PM ke Hari Kebangsaan tidak automatik sejak 2018

Jemputan bekas PM ke Hari Kebangsaan tidak automatik sejak 2018

Isu Sanusi maki PMX, judi dapat perhatian Mufti Perlis

Isu Sanusi maki PMX, judi dapat perhatian Mufti Perlis