Kerajaan Sabah komited tangani isu bekalan air sedia penyelesaian jangka pendek

TAWAU – Kerajaan Negeri Sabah komited dalam usaha menangani isu bekalan air di daerah ini dengan penyelesaian jangka masa pendek, sebelum projek Empangan Air Cinta Mata di Gudang 4 atau projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III, siap sepenuhnya pada 2026. 

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, terdapat beberapa cabaran yang turut diambil perhatian sebelum projek itu siap dan memberi manfaat jangka masa panjang seperti berlaku kecurian sambungan haram dan keadaan paip lama yang mudah pecah. 

“Oleh itu, untuk penyelesaian jangka pendek kita membuat potongan paip sambungan haram selain kita mengganti paip-paip yang bocor serta membuat agihan air dari lori tangki Jabatan Air ke kawasan terjejas. 

“Saya dimaklumkan oleh ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan tentang kekurangan lori tangki air dan perkara ini telah saya majukan kepada Kerajaan Negeri dan Pengarah Jabatan Air Sabah untuk masukkan dalam perolehan tambahan lori baharu. 

“Dalam masa yang sama, perancangan Jabatan Air iaitu mengurangkan Air Tidak Berhasil (NRW) sedang berjalan dan kita harap capai objektif,” katanya kepada media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina peringkat Daerah Tawau di sini, pada Khamis. 

Menurut Shahelmey, pihaknya juga telah melantik panel kontraktor pada tahun lepas bagi membaiki kerosakan peralatan atau paip agar cabaran tersebut dapat ditangani yang sekali gus memastikan bekalan air tidak lama terganggu. 

Mengenai isu jalan raya rosak di Sabah, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Kementeriannya mempunyai konsesi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara kawasan terlibat. 

“Kita sedia maklum mengenai jalan raya yang berlubang dan konsesi dilantik itu akan menyelenggara kawasan tersebut seperti jalan raya Persekutuan, Negeri, Daerah dan Majlis Daerah serta jalan luar bandar. 

“Apa yang penting, sering kita ingatkan juga kepada kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) agar sentiasa peka dengan keadaan jalan raya,” tambahnya. 

Mengulas lanjut Kempen Kesedaran Jalan Raya berkenaan, Shahelmey berkata, kempen ini kerap dilakukan demi kepentingan pengguna jalan raya sempena musim perayaan memandangkan aliran trafik adalah tinggi. 

“Jalan utama lebuh raya jajaran Pan Borneo sedang rancak dalam fasa pembinaan jadi ada banyak papan tanda diletakkan sepanjang jalan. 

“Oleh itu pemandu kenderaan perlu peka dengan arahan yang ditetapkan agar menjamin keselamatan dan keselesaan,” ujarnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP