Maritim Sabah rampas bot nelayan, kru lolos

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berjaya menahan serta merampas bot nelayan di barat laut Pulau Manukan dengan nilai rampasan anggaran sekitar RM17,000 di sini pada Rabu.

Pengarah Maritimnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Bin Che Engku Daik berkata, bot peronda Maritim KILAT 36 yang menjalankan siri Operasi Sejahtera telah mengesan bot nelayan bersama empat kru pada kira-kira pukul 11 malam semalam.

“Sewaktu bot peronda menghampiri untuk menjalankan pemeriksaan, bot nelayan berkenaan bertindak cuba melarikan diri sehingga mencetuskan aksi kejar-mengejar. 

“Namun, kesemua kru bot akhirnya terjun ke laut untuk meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, kami menjumpai beberapa peralatan menyelam bersama muatan ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati keputusan awal bedah siasat menunjukkan tangkapan dilakukan menggunakan bahan letupan.

“Bot dan peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan yang dianggarkan 200 kilogram (kg) telah dirampas dan dibawa ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Sepanggar,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Khamis.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM4 juta atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Che Engku berkata, penggunaan bahan terlarang seperti bahan letupan untuk menangkap ikan bukan sahaja merosakkan ekosistem lautan, malah turut mengancam kelestarian habitat hidupan marin sehingga membawa kepada kepupusan.

“Komuniti Maritim dinasihatkan agar tidak terlibat dalam aktiviti menangkap ikan yang melanggar undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” tambahnya.

Beliau menyeru orang awam untuk segera menyalurkan maklumat bagi mencegah sebarang kegiatan mencurigakan di perairan negara.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP