Sesiapa saja boleh bertanding di PRN17 Sabah – Masidi

KOTA KINABALU – Sesiapa sahaja boleh bertanding di Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

“Dipersilakan. Negara ini, termasuk negeri ini mengamalkan demokrasi.

“Jadi siapa-siapa saja boleh bertanding, termasuk kawasan saya sendiri.

“Kita alu-alukan dengan senang hati,” katanya diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyatakan Bersatu akan bertanding di 18 kerusi dan mempertahankan 11 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu.

Tambah Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, baginya tiada halangan dan dipersilakan kalau mereka merasa ada peluang untuk menang.

“Ini cuma pertandingan pilihan raya, bukan pertandingan untuk bertumbuk antara seorang lain dan seorang lain.

“Kita di Sabah ini, kita tidak akan melihat saingan politik ini sebagai sesuatu yang peribadi. Kita boleh berbeza dari segi amalan politik.

“Dari budaya, kita tidak pernah mengutuk orang lain.

“Kita laksanakan dan praktikkan politik kita secara berhemah, secara persahabatan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Affin Bank di sini pada Selasa.

Ditanya mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru selesai mengambil keterangan terhadap 18 ADUN berhubung projek kes rasuah perolehan projek mineral, beliau berkata, biar SPRM melaksanakan kerja-kerja mereka.

“Saya fikir eloklah kita jangan kacau SPRM dalam proses penyiasatan.

“Kita tidak mahu komen kita seolah-olah kita campur tangan dalam penyiasatan dan kerja mereka. Jadi, saya tidak ada komen,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa