Kaunter pendaftaran SPay Global, SarawakID di Telang Usan bermula 21 Januari ini

LONG LAMA – Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di Telang Usan boleh mendapatkan khidmat bantuan pendaftaran aplikasi SPay Global dan SarawakID di Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama serta Dewan Serbaguna Kampung Long Bedian.

Difahamkan penerima SKAS yang masih belum mendaftar boleh mendapatkan bantuan pendaftaran bagi aplikasi digital tersebut di kedua-dua lokasi bermula dari 21 hingga 23 Januari 2025.

Bagi memudahkan proses pendaftaran, penerima SKAS hanya perlu membawa telefon pintar dan kad pengenalan semasa hadir ke kaunter sementara tersebut.

Salah seorang penerima SKAS dari Kampung Long Pana, Benjamin Wan ketika ditemui memberitahu, inisiatif membuka kaunter sementara dapat membantu masyarakat di luar bandar mendaftar aplikasi SPay Global.

“Kewujudan kaunter ini amat penting kerana pendaftaran SarawakID dan Spay Global merupakan langkah asas untuk menerima bantuan serta menikmati pelbagai kemudahan kerajaan Sarawak secara digital,” ujarnya.

Selain itu Flannery Usun Anyi, penduduk Kampung Long Bemang berkata, bantuan SKAS dapat meringankan beban ekonomi golongan berpendapatan rendah.

“Masyarakat khususnya yang layak perlu memanfaatkan peluang ini untuk mendaftar dan menjadi sebahagian daripada komuniti digital Sarawak,” katanya.

SarawakID diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak sebagai platform inovatif memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.

Manakala SPay Global yang merupakan aplikasi e-dompet rasmi Sarawak menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai untuk transaksi harian serta menerima bantuan kerajaan Sarawak.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff