Program Pendaftaran Sarawak ID, SPAY Global bantu mudahkan urusan penerima SKAS

KOTA SAMARAHAN – Program Pendaftaran Sarawak ID dan SPAY Global dianjurkan di Dewan Suarah Kota Samarahan bertujuan membantu orang ramai mendaftar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, penganjuran program ini memastikan tiada sesiapa pun ketinggalan dalam menerima bantuan SKAS.

“Pembayaran SKAS bermula 18 Februari ini dan penebusan bantuan ini dapat dilakukan sepanjang tahun 2025,” jelas beliau.

Tambah beliau, bantuan SKAS ini bertujuan memastikan golongan kurang berkemampuan dapat bantuan yang meringankan beban mereka.

Beliau berkata demikian selepas ditemui media pelaksanaan Program Pendaftaran Sarawak ID dan SPAY Global di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Isnin.

Rubiah juga merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Samarahan dan Pejabat Residen Bahagian Samarahan.

“Mereka memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan setiap penerima bantuan yang layak tidak ketinggalan,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff