LKIM tambah sejuta liter peruntukan kuota minyak diesel nelayan di Perak

TANJUNG PIANDANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersetuju untuk menambah peruntukan kuota minyak diesel sebanyak sejuta liter kepada nelayan di negeri Perak.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pengumuman tersebut menjadikan kesemua nelayan di Perak menerima peruntukan kuota bahan bakar berkenaan kepada 20 juta liter bermula Februari depan.

Ujarnya, perkara tersebut diputuskan setelah pihaknya mengambil kira bilangan vesel yang banyak.

“Di samping itu, LKIM juga melihat Perak merupakan negeri yang paling banyak mendaratkan ikan di negara ini.

“Namun, saya berharap subsidi diesel itu tidak disalahgunakan bagi tujuan lain.

“Sebaliknya gunakan ia untuk tangkapan ikan demi memastikan bekalan terjamin terutama pada musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sabtu di Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah (LKIM-Petronas) di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Tanjung Piandang, di sini.

Hadir sama, Pengarah LKIM Negeri Perak, N Sudralingam; Pengurus Agriculture Semenanjung, Divisyen Perniagaan Komersial, Petronas Dagangan Berhad, Eries Azwan Deraman dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari.

Tambah Muhammad Faiz, pihaknya juga memberi jaminan bahawa bekalan ikan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini juga mencukupi.

Jelasnya, pihaknya telah bekerjasama dengan persatuan-persatuan nelayan dan syarikat swasta di seluruh negara dalam memastikan bekalan ikan cukup pada musim perayaan ini.

“Setakat ini kita ada bekalan ikan segar beku sebanyak 1,600 metrik tan.

“Ia termasuk dengan ikan yang di import dan juga ikan-ikan yang ditangkap nelayan tempatan,” jelasnya.

Terdahulu, pada program itu, Muhammad Faiz menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 130 penerima dalam kalangan anak-anak nelayan dengan peruntukan keseluruhan RM15,000.

Antara barangan yang disampaikan adalah baucar untuk pakaian dan kasut sekolah serta peralatan lain berupa beg, botol air dan bekas alat tulis.

Program ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kos para nelayan selain memberi kegembiraan kepada anak-anak mereka dalam menempuh tahun baharu persekolahan nanti.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan