Lebih RM30 juta naik taraf klinik kesihatan di Johor

JOHOR BAHRU – Lebih RM30 juta peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan dalam usaha menaik taraf 47 buah klinik kesihatan yang uzur dan daif di sekitar Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, kerja-kerja naik taraf itu melibatkan penambahbaikan infrastruktur selain menggantikan sistem perubatan yang lama.

“Proses mengeluarkan tender akan bermula pada bulan Mac ini dan mengikut jadual yang ditetapkan, ia dijangka dapat diselesaikan sebelum Oktober.

“Lagi pun, kita telah mengenal pasti sebanyak 47 klinik kesihatan yang uzur dan daif di setiap daerah di negeri ini yang perlu diberikan keutamaan untuk dinaik taraf demi keselesaan pengguna.

“Sebelum ini, sebanyak 98 klinik di seluruh negeri ini telah dinaik taraf sejak 2023 sehingga Disember lalu,” katanya sempena lawatan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ke program Walkabout Pelancaran Projek Locker4U 2025 dan Inisiatif Perkhidmatan UMP (Ubat Melalui Pos) di pasar raya Lotus, Bukit Indah di sini, semalam.

Terdahulu, acara berkenaan turut dimuat naik beliau di laman sosial Facebook miliknya.

Untuk rekod, tiga buah klinik kesihatan di Gelang Patah, Majidee dan Tebrau, di sini hampir siap dinaik taraf sepenuhnya dengan peruntukan berjumlah RM4 juta.

Sementara itu, Tian Soon mengesahkan tidak ada mana-mana fasiliti kesihatan yang terjejas akibat insiden banjir yang melanda di lima daerah Johor baru-baru ini.

“Semua fasiliti kesihatan berada dalam keadaan baik dan tidak terkesan akibat banjir, dan boleh beroperasi seperti biasa,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak