Pelanggan patut ambil iktibar, bukan tampar petugas Puspakom kenderaan dagang tidak lulus

PUTRAJAYA – Siasatan dalam secara terperinci sedang dijalankan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek adalah pelanggan Puspakom dan melakukan kekasaran selepas kenderaan perdagangan yang dibawanya untuk diperiksa gagal ujian brek semasa Pemeriksaan Berkala.

Menurut beliau, sebarang bentuk keganasan kepada petugas Puspakom akibat kegagalan dalam pemeriksaan tidak boleh diterima sama sekali, selain menjadi petunjuk bahawa kenderaan tersebut tidak selamat digunakan di atas jalan raya.

“Kegagalan itu mendorong suspek bersemuka dengan pemeriksa kenderaan Puspakom yang terbabit lalu menyerang petugas tersebut secara tiba-tiba.

“Sepatutnya pelanggan yang menerima keputusan pemeriksaan seperti ini mengambil iktibar dan segera membaiki keadaan kenderaan demi keselamatan mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, bukan bertindak agresif menyerang pekerja kami,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mahmood menegaskan, pihaknya sedang mengkaji bagi mengetatkan lagi keselamatan di premis Puspakom supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

“Keselamatan di tempat kerja bagi warga Puspakom adalah keutamaan kami dan kami komited untuk menguatkuasakan dasar ini tanpa pengecualian.

“Kami tidak akan bertoleransi atas kelakuan sebegini dan akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan pelaku menerima hukuman yang setimpal,” katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan video tular memaparkan seorang lelaki bertindak menampar petugas Puspakom di Taman Daya di Johor Bahru berlaku pada 18 November lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima video itu kira-kira jam 3 petang kelmarin menerusi satu pautan di aplikasi X.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar