Lapan hilang, empat disahkan maut kebakaran Glodok Plaza

JAKARTA – Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jakarta , kelmarin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat bandar raya itu memaklumkan mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza semalam dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut, kata Ketua Agensi Bomba dan Penyelamat Jakarta, Satriadi Gunawan.

Gunawan mengesahkan bahawa lapan orang dilaporkan hilang dalam insiden itu.

Pasukan penyelamat dikerahkan untuk mencari di tingkat tujuh dan lapan, dipercayai lokasi terakhir individu dilaporkan hilang, di kawasan hiburan yang disyaki menjadi punca kebakaran.

Laporan awal menunjukkan kebakaran bermula kira-kira jam 9.20 malam waktu tempatan di mukim Tamansari.

Beberapa pengunjung dilaporkan berada di dalam pusat beli-belah itu semasa kebakaran berlaku. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related Posts

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

SURAT THANI – Ratu Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana membuktikan baginda berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah dunia menjadi ratu pemerintah pertama yang berjaya menerbangkan jet pejuang supersonik secara solo.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Sanusi perlu jawab isu tanah, transaksi RM40 juta – Mahfuz

Sanusi perlu jawab isu tanah, transaksi RM40 juta – Mahfuz

Cadangan undang-undang anti-Ali Baba dibawa ke Parlimen tahun depan

Cadangan undang-undang anti-Ali Baba dibawa ke Parlimen tahun depan

Dakwa Belanjawan 2027 ‘gula-gula politik’, mana alternatif pembangkang?

Dakwa Belanjawan 2027 ‘gula-gula politik’, mana alternatif pembangkang?