Kabinet Isreal luluskan gencatan senjata

KABINET Israel telah meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza.

Perkara ini diumumkan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hari ini, sehari sebelum perjanjian terbabit dijadualkan bermula.

Menurut kenyataan Netanyahu, dalam mesyuarat yang berlangsung lebih enam jam pada awal pagi tadi, kerajaan Israel mengesahkan perjanjian itu.

Perjanjian terbabit, yang mendapat tentangan daripada beberapa menteri kanan, termasuk pelaksanaan gencatan senjata selama enam minggu yang dijadual bermula pada Ahad.

Ia akan disusuli dengan pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak, yang berpotensi menjadi langkah ke arah menamatkan perang selama 15 bulan di Gaza.

Menurut laporan media, 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.

Pada Jumaat, Kabinet keselamatan Israel telah meluluskan perjanjian gencatan senjata tersebut, sebagai langkah pertama daripada dua peringkat kelulusan.

Perang antara tentera Israel dan Hamas telah mengakibatkan kemusnahan besar di kawasan bandar Gaza, membunuh lebih 46,000 orang dan menyebabkan kebanyakan daripada 2.3 juta penduduk wilayah itu menjadi pelarian berulang kali.

Jika berjaya, gencatan senjata ini boleh meredakan ketegangan di Asia Barat, di mana konflik Gaza turut melibatkan Iran dan proksinya, termasuk Hizbullah di Lubnan, Houthi di Yaman, kumpulan bersenjata di Iraq, serta Tebing Barat yang diduduki.

Pada Jumaat, pesawat tempur Israel masih melancarkan serangan besar-besaran di Gaza.

Perkhidmatan kecemasan Palestin melaporkan bahawa 116 rakyat Palestin, termasuk hampir 81 wanita dan kanak-kanak, terbunuh sejak perjanjian itu diumumkan pada Rabu.

Dalam fasa pertama perjanjian tiga peringkat selama enam minggu ini, Hamas akan membebaskan 33 tahanan Israel, termasuk semua wanita (sama ada anggota tentera atau orang awam), kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun.

Perjanjian ini dilihat sebagai harapan untuk menghentikan konflik yang berpanjangan dan meredakan ketegangan di rantau yang bergolak.

Israel pula bersetuju untuk membebaskan semua wanita dan kanak-kanak Palestin dalam penjara menjelang akhir fasa pertama.

Related Posts

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan