Dua projek berimpak tinggi dirancang Kerajaan Pahang

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan membangunkan dua projek berimpak tinggi dijangka meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merancakkan ekonomi negeri.

Projek itu melibatkan pembinaan Pangsapuri Pahangku di Bentong dan pembangunan Artificial Intelligence Data Center (AIDC).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi projek perumahan Pangsapuri Pahangku, ia akan dibina di kawasan berhampiran stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong.

Menurutnya, projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Pahang dalam menyediakan perumahan mampu milik dan selesa kepada rakyat Pahang khususnya kepada golongan muda, selain memanfaatkan sistem pengangkutan ECRL.

“Kerajaan merangka merangka pembangunan berorientasikan transit (TOD) di setiap stesen ECRL seperti pusat komersial, perumahan, pusat pendidikan serta projek komuniti.

“Projek ini dijangka memberikan impak positif kepada pembangunan sosio-ekonomi di Bentong dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan dapat meningkatkan keselesaan hidup rakyat, memperkukuh jaringan infrastruktur perumahan serta pengangkutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan Pahang menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) akan membangunkan AIDC sebagai platform baharu perniagaan secara atas talian berasaskan produk pertanian.

Katanya, projek ini memanfaatkan teknologi pengkomputeran awam dan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pembangunan pusat data pengkomputeran pintar berskala besar serantau dan menggalakkan pembangunan industri digital negara.

“AIDC adalah projek yang pertama di negeri Pantai Timur ini dijangka akan mula dilaksanakan pada Januari 2026 dengan menyasarkan produk tempatan bagi pemasaran tempatan dan juga global.

“Ini sekali gus dapat membantu pengusaha memasarkan produk pertanian mereka serta merancakkan lagi ekonomi negeri Pahang,” katanya.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik