Sarawak mampu menjadi pengeluar beras setanding India, Vietnam – Abang Johari

KUCHING – Sarawak mampu menjadi pengeluar beras setanding India dan Vietnam.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kaedah penanaman beras digunakan oleh Sarawak iaitu kaedah hibrid mampu meningkatkan pengeluaran beras.

“Jika kaedah lama, kita perlu menunggu musim untuk menuaikan padi. Tetapi dengan kaedah hibrid, kita mampu menghasilkan beras lebih banyak,” kata beliau.

Tambah beliau, kepakaran yang dimiliki anak Sarawak terutama kepakaran digital dan kejuruteraan terkini mampu menghasilkan kaedah tanaman padi hibrid.

“Kaedah tersebut lebih cepat dan mudah sehingga dapat menghasilkan pengeluaran beras yang lebih banyak.

“Jika dahulu, satu hektar padi mampu mengeluarkan satu tan sahaja. Secara tidak langsung, mampu meningkatkan pendapatan golongan petani,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penuaian Padi Hybrid dan Kilang Onemas Agriculture Sdn Bhd di Sungai Padi di Maradong.

Sementara itu, Abang Johari percaya mampu mengeksport 70 peratus beras ke luar negara.

“Saya percaya beras bukan sahaja mencukupi untuk rakyat Sarawak, tetapi mampu mengeksport ke luar negara,” ujar beliau.

Beliau percaya Sarawak mampu menggantikan India dan Vietnam jika betul caranya.

“Saya memberi kepercayaan kepada generasi baru yang didedahkan teknologi terkini sehingga bergelar usahawan moden yang terlibat dalam sektor makanan,” kata beliau lagi.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun