Mahkamah setuju gabung kes rasuah Muhyiddin

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan wang RM200 juta, dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan serta didengar bersama.

Selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwa, Hakim, Azura Alwi memutuskan untuk menggabungkan kes-kes itu.

Jelasnya, permohonan pemohon telah memenuhi kriteria mengikut Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah (CPC), yang mana ia melibatkan satu siri perbuatan dalam transaksi dan individu yang sama.

“Ini juga dapat memastikan keadilan kepada semua pihak, menjimatkan masa dan mengelak kesukaran terutama kepada saksi-saksi yang serupa.

“Berikutan penggabungan perbicaraan ini, tiada sebarang prejudis akan berlaku kepada tertuduh, berkaitan kekeliruan untuk kemukakan pembelaan beliau,” katanya dipetik Sinar Harian.

Azura berkata, semua pertuduhan jelas menyatakan Presiden Bersatu yang didakwa atas kes tersebut malah pendakwaan memberitahu pendirian, bahawa undang-undang adalah mantap kerana mereka yang perlu membuktikan setiap intipati pertuduhan terbabit.

Tegasnya, selepas itu mahkamah akan membuat keputusan sama ada setiap intipati dalam pertuduhan berkenaan telah dibuktikan terhadap tertuduh atau sebaliknya.

Justeru beliau berkata, tiada isu kekeliruan untuk mengemukakan pembelaannya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, pihak pendakwaan akan memanggil tidak lebih 30 saksi untuk memberi keterangan.

“Senarai saksi itu akan diberikan sebelum perbicaraan bermula dan saya mohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes.

“Saya tidak membantah sekiranya Muhyiddin dikecualikan hadir pada sebutan kes tersebut,” katanya selepas pihak pembelaan memohon agar tertuduh tidak menyertai prosiding akan datang.

Azura kemudiannya menetapkan 18 Februari depan untuk penetapan tarikh perbicaraan.

Related Posts

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah