Anwar tiba di United Kingdom untuk lawatan kerja lima hari

LONDON – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara United Kingdom (UK) awal pagi tadi, untuk lawatan kerja selama lima hari ke negara berkenaan.

Pesawat membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Stansted pada jam 10.50 malam waktu tempatan, Selasa (6.50 pagi Rabu, waktu Malaysia) dari Abu Dhabi, selepas beliau menamatkan lawatan tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketibaan beliau disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar, Atase Pertahanan ⁠Datuk Briged Jeneral Safwan @ Asri Ismail, serta Wakil Khas Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Richard Wildash dan Kuasa Usaha, Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, ⁠David Wallace.

Lawatan atas jemputan rakan sejawatnya Keir Starmer, adalah kunjungan pertama Anwar ke UK sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022.

Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Starmer untuk menilai kemajuan hubungan bilateral Malaysia-UK dan membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan.

Mereka juga dijangka membincangkan perkara berkaitan pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh dibaharui, agrokomoditi dan pelancongan.

Kedua-dua Perdana Menteri juga dijangka menyentuh mengenai isu serantau dan antarabangsa serta bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan UK sebagai rakan dialog ASEAN.

Semasa di London, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Speaker House of Commons Sir Lindsay Hoyle, serta menyampaikan ucaptama di InvestMalaysia.

Beliau juga akan mengadakan sesi meja bulat dan perniagaan langsung dengan pemimpin industri, serta merasmikan Auditorium Malaysia di London School of Economics, diikuti dengan syarahan khas.

Memorandum Persefahaman mengenai Jawatankuasa Ekonomi dan Perdagangan Bersama Malaysia-UK dan Mekanisme Sokongan Lain akan ditandatangani semasa lawatan ini.

Anwar juga akan menghadiri pelancaran projek ladang solar oleh Tenaga Nasional Berhad dan pelancaran produk oleh YTL Group UK, serta melawat ke Stesen Janakuasa Battersea, yang merupakan pelaburan terbesar Malaysia melibatkan dana awam di Eropah.

Perdagangan dan pelaburan kekal sebagai tonggak utama dalam hubungan Malaysia-UK, dengan UK menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan nilai dagangan berjumlah RM15.30 bilion (AS$3.34 bilion).

Jumlah eksport direkodkan sebanyak RM7.83 bilion (AS$1.71 bilion), manakala jumlah import adalah RM7.47 bilion (AS$1.63 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX