‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.
‎
‎Pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kota Kinabalu, malam tadi, lagu berkenaan dipersembahkan oleh Juara Bintang Remaja RTM Sabah 2019, Feli Stacy Paimi atau Cici.

Tempat kedua menjadi milik Bintang Menemani Bulan karya Arddley Nicholas yang dipersembahkan Loverlhine Ivy R Amin (Ivy), sekali gus membawa pulang RM4,000.

Lagu Memori ciptaan Jun yang didendangkan Felix Agus pula meraih tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM2,000.
‎
‎Ivy turut mencatat kejayaan apabila persembahannya menerusi Bintang Menemani Bulan melayakkannya meraih anugerah Vokal Terbaik.

Anugerah Lirik Terbaik pula menjadi milik Mixsimus Jumi menerusi Semarakkan Harapan manakala Qahirah Maisarah memenangi Persembahan Terbaik menerusi Bahagia Tanpamu. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000.

‎Pengarah Penyiaran Sabah, Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali, berkata CLAS16 bertemakan ‘Black Gold’ meneruskan kesinambungan penganjurannya sejak 2005 sebagai platform mengetengahkan karya, bakat dan kreativiti penggiat muzik tempatan Sabah.

“Kesemua finalis dipilih berdasarkan pencapaian karya masing-masing dalam carta mingguan CLAS menerusi sokongan dan undian pendengar sepanjang musim pertandingan.
‎
‎“Mereka turut diiringi persembahan muzik secara langsung oleh Kombo RTM Sabah, manakala program dimeriahkan dengan persembahan khas Velvet Aduk, juara CLAS Musim Ke-15 serta kumpulan penari Funz Crew,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurut Mohd Yusni, CLAS diharap terus menjadi wadah mencungkil dan mengembangkan bakat baharu dalam kalangan penggiat muzik tempatan, selain membantu karya artis Sabah mendapat tempat lebih luas di peringkat negeri dan nasional.
‎
‎Empat lagi karya yang turut berentap pada pentas akhir ialah Hati Bukan Mata karya Narsisius Justin Misin, Yang Satu oleh Moses Bryan Clay dan penulis lirik Don; Mungkin Hari Esok karya, Clerence@Bob dan Mawar Merekah ciptaan Nabil Syafiq dan lirik oleh Ag Aidil Adzhar Baka.
‎
‎Penganjuran CLAS16 mendapat sokongan Kerajaan Negeri Sabah adalah antara usaha berterusan RTM Sabah memperkasa ekosistem muzik tempatan, selain membuka ruang lebih luas kepada karya anak Sabah untuk diketengahkan.

Related Posts

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

KOTA KINABALU – Penganjuran Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16) dilihat sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap penggiat seni muzik di Sabah, selain menjadi platform mencungkil dan mengembangkan bakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX