DBKL naik taraf gerai Jalan Masjid India secara berfasa

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kawasan gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, secara berfasa sebagai usaha meningkatkan keindahan, kebersihan dan daya tarikan ke kawasan itu.

DBKL dalam kenyataannya berkata, naik taraf ini akan dilaksanakan melalui program Lestari Niaga secara berfasa untuk memastikan pelaksanaannya tidak mengganggu aktiviti perniagaan sedia ada.

“Di kawasan Jalan Masjid India, ada beberapa kategori lokasi perniagaan, antaranya adalah pusat penjaja berbumbung seperti di Jalan Melayu, Medan Bunus, Segi 3 Bunus serta ruang tepi jalan di sekitar kawasan Masjid India.

“Antara projek utama yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ialah penyusunan semula peniaga di Jalan Melayu serta penyediaan gerai baharu yang lebih sistematik untuk para penjaja di lokasi terbabit.

“Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada penyediaan lokasi perniagaan sementara untuk para peniaga terbabit bagi memastikan kelangsungan aktiviti perniagaan mereka semasa kerja naik taraf dijalankan,” katanya.

DBKL berkata, selepas kerja naik taraf itu selesai, kawasan gerai penjaja di sekitar Jalan Melayu dan Jalan Masjid India akan tampil dengan wajah baharu yang lebih menarik, bersih, dan teratur.

“Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan keindahan ruang bandar, menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong, serta memberi manfaat kepada para peniaga dan komuniti setempat.

“DBKL akan terus memantau pelaksanaan projek ini dengan teliti dan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terbabit bagi memastikan matlamat pembangunan ini tercapai,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi DBKL meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur dan memerlukan penambahbaikan di Jalan Masjid India.

Anwar berkata, deretan kedai dan gerai termasuk yang bertapak sekian lama di kawasan berkenaan adalah kawasan tarikan utama pelancong di ibu kota yang perlu diambil perhatian.

Related Posts

Isu ijazah Universiti Alexandria, KPT sedia bertindak sebagai pemudah cara

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia membantu menyelesaikan isu pengiktirafan ijazah membabitkan empat pelajar swasta Malaysia yang mengikuti pengajian farmasi di Universiti Alexandria, Mesir.   Menterinya, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AirAsia perkenal SOP baharu susulan insiden kanak-kanak Cerebral Palsy

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan AirAsia memohon maaf secara terbuka kepada sebuah keluarga yang tidak dibenarkan menaiki penerbangan AK1776 dari Singapura ke Kuching pada 26 Mei lalu. Syarikat itu juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan