Kes demam babi Afrika dikesan, Keningau diklasifikasikan Zon merah

KOTA KINABALU – Daerah Keningau diklasifikasikan semula sebagai zon merah setelah satu kes demam babi Afrika (ASF) dikesan di daerah itu pada 7 Januari lalu yang membabitkan penternak khinzir.

Menurut Kenyataan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan memaklumkan virus ASF telah menjangkiti 12 daripada 20 ekor khinzir yang dipelihara oleh penternak terbabit.

“Penemuan ini menjadikan daerah Keningau bertukar semula status daripada zon hijau (Zon Pemulihan) kepada zon merah (Zon Terjangkit).

“Berdasarkan siasatan lapangan, khinzir yang dijangkiti ASF menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti kurang selera makan, lemah, hidung berair dan akhirnya mati.

“Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengambil tindakan kawalan pantas selaras dengan arahan di bawah Subseksyen 45(2) Enakmen Haiwan 2015 dengan mengenakan sekatan kawalan pergerakan babi dan produk babi daripada daerah Keningau,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Selain itu, pihaknya juga menasihatkan penternak untuk mempertingkatkan biosekuriti ladang dan kandang penternakan.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa bekalan daging babi menjelang perayaan Tahun Baru Cina adalah mencukupi dari ladang babi tempatan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau yang masih bebas dari penyakit ASF.

Tambahnya, masyarakat tidak perlu risau akan penyakit ini kerana tidak akan menjangkiti manusia.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar